awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tak ada tercuit mana-mana" - Erra komen gandingannya bersama Yusry (KRU)

Gempak
Gempak
11/09/2019
06:00 MYT
"Tak ada tercuit mana-mana" - Erra komen gandingannya bersama Yusry (KRU)
Erra Fazira dan Yusry sangat profesional ketika digandingkan dalam All Stars Buka Panggung.
PELAKON, penyanyi dan pengacara jelita Erra Fazira menjelaskan dia mengambil pendekatan profesional untuk bekerja bersama dengan bekas suaminya, Yusry Abdul Halim.
Berkongsi skrin buat pertama kalinya semula pada rancangan All Stars Buka Panggung pada Jumaat lalu, Erra menyifatkan kenangan lalu tidak menjejaskan kredibiliti kedua-dua belah pihak.
"Kita dalam satu industri, pusing-pusing akan bersua juga sama ada satu skrin atau satu majlis. Kami sudah biasa terjumpa dan tak menjadi apa-apa isu pun bagi saya.
"Apatah lagi, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan gembira dengan jalan yang dipilih. Pendekatan saya, apa yang tinggal hanyalah memori lama dan ia tidak menjejaskan apa-apa.
"Saya percaya Yusry pun sudah matang dan tak ada yang tercuit mana-mana," jelas Erra kepada Gempak.
Pada episod pertama All Stars Buka Panggung baru-baru ini, Erra dilihat sangat profesional dalam mengendalikan acara itu sebagai Dewi Seri Panggung.
Tugas Erra selain menyaksikan setiap peserta yang membuat persembahan, primadona filem Melayu itu turut memberikan komen sejurus selepas peserta selesai beraksi di pentas.
Tindakan Erra itu juga mendapat pujian ramai netizen di media sosial terutama Twitter.
Erra dan Yusry pernah berkahwin pada Jun 2003 namun, rumah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.
All Stars Buka Panggung merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Program ini menampilkan Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.
Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
All Stars Buka Panggung akan bersiaran selama tujuh minggu pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam, Selangor.
Topic Berkaitan
#All Stars Buka Panggung
#Erra Fazira
#Yusry KRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan