Tutup

"Tak baik berdendam, hidup tak tenang" - Bella Astillah pegang kata-kata bapa

"Tak baik berdendam, hidup tak tenang" - Bella Astillah pegang kata-kata bapa
Sifat merendah diri dan pemaaf Bella itu mendapat pujian netizen yang melabelkan bekas isteri Aliff Aziz itu individu yang cantik luar dan dalam.
PENYANYI Bella Astillah percaya kebahagiaan hidup akan dicapai apabila kita menerapkan sikap saling memaafkan dan tidak berdendam.

Jelas Bella, dia sentiasa berpegang pada pesanan ibu dan bapanya yang sentiasa bersabar dan buang rasa hasad dengki.

"Rindu mama & ayah. Lately jarang jumpa sebab Bella kerja (thank you tolong jagakan Ayden tidak pernah berkira sangat sayang dan ambil berat dengan cucunya).

"Mereka ni juga adalah semangat Bella. Mengajar Bella erti kesabaran. Mengalah bukan bererti kalah, dan dengan kesabaran juga akan ada kebahagiaan. 
"Mama dan ayah pemaaf orangnya. Bella pernah persoalkan dulu masa zaman sekolah “ayah kenapa masih nak baik lagi kan dia dah buat ayah” Ayah akan cakap “takpe lah itu dulu tak baik berdendam hidup tak akan tenang” dan baru saya faham maksud ayah. 

"Hidup tak tenang kalau kita ada dendam atau hasad dengki melihat hidup orang lain.
"Kak long sentiasa akan pegang janji Kak long untuk jaga dan bersama mama dan ayah, InsyaAllah. Sabar itu Indah. “Kill em’ with kindness”," tulis Bella panjang lebar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throwback. Rindu mama & ayah. Lately jarang jumpa sbb Bella kerja(thank you tolong jagakan ayden tidak pernah berkira sangat sayang dan ambil berat dengan cucunya❤️), diorang ni juga adalah semangat Bella. Mengajar Bella erti kesabaran. Mengalah bukan bererti kalah, dan dengan kesabaran juga akan ada kebahagiaan. Mama dan ayah pemaaf orangnya. Bella pernah persoalkan dulu masa zaman sekolah “ayah kenapa masih nak baik lagi kan dia dah buat ayah” Ayah akan cakap “takpe lah itu dulu tak baik berdendam hidup tak akan tenang” dan baru saya faham maksud ayah. Hidup tak tenang kalau kita ada dendam atau hasad dengki melihat hidup orang lain. Kak long sentiasa akan pegang janji Kak long untuk jaga dan bersama mama dan ayah, InshaAllah. . . Sabar itu Indah. “Kill em’ with kindness” #takterganti

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on


Sifat merendah diri dan pemaaf Bella itu mendapat pujian netizen yang melabelkan bekas isteri Aliff Aziz itu individu yang cantik luar dan dalam.

Malah, dalam foto yang dirakamkan ketika majlis konvokesyennya itu, Bella disamakan netizen persis penyanyi terkenal Hollywood, Selena Gomez.


Tag: Instagram, Bella Astillah, Aliff Aziz, konvokesyen, bercerai, penyanyi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.