MENJELANG hari-hari bahagia mereka, nampaknya pelakon Hans Isaac dan pasangannya, Aileen Gabriella Robinson, masih perlu berdepan dengan kata-kata negatif masyarakat.
Lebih mencabar, kata-kata negatif itu bukan sahaja daripada netizen, tetapi juga daripada seorang lelaki yang mendakwa dia merupakan teman lelaki Gabriella.
Dalam satu status yang dimuat naik sebaik pengumuman perkahwinan dibuat Hans dan tunangannya itu, lelaki tersebut mendakwa dia masih berhubungan dengan Gabriella sehinggalah dua hari lepas.
Lelaki itu turut mendakwa, dia sudah kerap meminta untuk memutuskan hubungan, namun Gabriella tetap mahu meneruskan hubungan mereka.
Dalam jawapannya kepada status tersebut, Hans menganggap apa yang ditulis lelaki berkenaan tidak lebih sekadar luahan kekecewaan dan mahu mencari perhatian, setelah hubungan dengan Gabriella yang mesra disapa Gabby itu tidak berakhir seperti yang diharapkan.
Hans bagaimanapun menyifatkan tindakan lelaki itu mencemar nama baik tunangannya dan mencalar reputasinya sebagai artis.
Pelakon filem Cuci itu juga sempat menjelaskan hubungan Gabby dan lelaki berkenaan sudah lama berakhir.
Dalam masa yang sama, Hans memberitahu, dia dan Gabby membuat pengumuman tentang perkahwinan mereka kerana mahu berkongsi kegembiraan dengan peminat yang selama ini menyokong kerjayanya selama ini.
"Saya dan Gabby akan berkahwin. Saya harap anda semua berkongsi kebahagiaan dengan kami. Salam sayang untuk semua yang sentiasa menyokong kami dan sentiasa berfikiran positif," tulis Hans.
Hans, pada Selasa, mengumumkan bakal mengahwini Gaby yang juga bekas Miss Tourism International, pada 29 Julai ini.
Madiha Abdullah
Wed Mar 01 2017
Hans menjelaskan hubungan Gabby dan lelaki berkenaan sudah lama berakhir.
Benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Dalam talkshow di #AgendaAWANI 8.30 malam semalam kita kupas panjang lebar pasal ‘Musim Pokok Tumbang’…
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
'Saya tidak mahu mana-mana pihak terluka' - Hans Isaac
Saya tidak mahu mana-mana pihak terluka dengan memberi komen susulan tentang pembatalan perkahwinan ini," ini kata-kata Datuk Hans Isaac semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
'Tak hormat, rosakkan nama baik', Hans Isaac kecam individu tuduh tunangnya tidak jujur
Hans Isaac menyifatkan tindakan lelaki itu mencemar nama baik tunangannya dan mencalar reputasinya sebagai artis.
Ratu cantik pilihan Hans Isaac untuk tamatkan zaman bujang
Bagi Aileen Gabriella Robinson, jurang usia 17 tahun bukan penghalang untuk memahami pasangan masing-masing.
Jelitawan Filipina Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012
Rizzini Alexis Gomez dari Filipina menewaskan 55 pesaing lain dari seluruh dunia untuk dimahkotakan sebagai Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012 di ambang tahun baru di sini malam ini