awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak lepas didaftar, Elon Musk dan Grimes tukar nama anak

Agensi
Agensi
26/05/2020
01:06 MYT
Tak lepas didaftar, Elon Musk dan Grimes tukar nama anak
Bayi lelaki dengan nama unik itu dilahirkan awal Mei lalu. - Twitter @elonmusk
PENYANYI Grimes mendedahkan nama anaknya telah ditukar, selepas baru-baru ini mengumumkan menamakan bayi itu dengan nama X-A-12.
Grimes dan bapa bayi itu, jutawan teknologi Elon Musk, terpaksa berbuat demikian kerana undang-undang California yang tidak membenarkan angka didaftarkan sebagai nama dalam sijil kelahiran.
Pasangan itu telah menggantikan nombor dengan angka Roman.
Menjawab pertanyaan peminat di Instagram, Grimes atau nama sebenarnya Claire Boucher memberitahu nama baharu anaknya ialah X Æ A-Xii.
"Angka Roman. Nampak lebih baik. Satu tanda sengkang (dash) dibenarkan (dalam sijil kelahiran)," tulis Grimes.
Beberapa pihak memaklumkan nama itu dibaca sebagai X Ash A Twelve, biarpun terdapat banyak versi tentang sebutan yang betul.
Malah Grimes dan Musk sendiri mempunyai cara berbeza untuk menyebut nama bayi lelaki mereka.
X Æ A-Xii adalah anak pertama pasangan itu.
Musk sudah mempunyai lima anak dari perkahwinan sebelum ini, iaitu kembar bernama Griffin dan Xavier dan triplets bernama Damian, Saxon dan Kai.
Topic Berkaitan
#anak
#bayi
#California
#Elon Musk
#Grimes
#nama
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan