BERIKUTAN penularan wabak pandemik COVID-19, kebanyakan filem terpaksa menunda tarikh tayangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Begitu juga dengan filem Black Widow terbitan Marvel Studio yang sepatutnya ditayangkan bermula 1 Mei 2020.

Disney telah mengumumkan tarikh baharu untuk tujuh filem Marvel.

Filem Black Widow lakonan Scarlett Johansson akan dikeluarkan pada November 2020, dengan mengambil slot filem Eternals.

Manakala filem Eternals pula akan ditunda pada tahun 2021 termasuk Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Doctor Strange In The Multiverse Of Madness, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2, dan Captain Marvel 2.

Disney juga mengumumkan bahawa filem Marvel yang belum diterbitkan akan dikeluarkan pada Oktober 2022 dan terdapat empat lagi yang akan datang pada tahun 2023.

.