ALBUM penyanyi pop antarabangsa Taylor Swift yang dinanti-nanti ramai telah dilancarkan pada Jumaat (10 November).

Berjudul ‘Reputation’, ia merupakan album ‘comeback’ Swift sejak album terakhirnya iaitu ‘1989’ pada tahun 2014.

Beberapa jam selepas pelancaran tersebut, ia mendapat ulasan positif dari media antarabangsa seperti The Telegraph, Rolling Stone, The New York Times dan HITS.

Pada masa yang sama, Swift turut berkongi paparan skrin ulasan berkenaan di laman Instagramnya.

Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on


Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on



Thank you

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on



Terdapat sembilan paparan skrin yang dikongsi oleh Swift di Instagram.

Single pertama yang dilancarkan adalah ‘Look What You Made Me Do’ pada Ogos 2017 yang menyindir beberapa artis terkenal seperti Kanye West.

Oleh kerana itu, lirik lagu kepada kesemua 15 lagu di dalam 'Reputation' membuat para peminatnya berteka-teki tentang maksud yang tersirat di dalam liriknya.

Sekaligus ia menjadi trending di media sosial, khususnya di Twitter.