Juri sebuah mahkamah persekutuan di Denver pada Isnin memutuskan penyampai sebuah stesen radio bersalah meraba punggung penyanyi terkenal antarabangsa, Taylor Swift sewaktu satu sesi fotografi.

Sekaligus menganugerahkan wang pampasan sebanyak AS$1 (RM4.7) yang dituntut Swift dalam kes yang menjadi tumpuan ramai ini.

Panel juri dengan lapan anggota itu turut menolak permohonan tertuduh, David Mueller yang menuntut ganti rugi atas alasan Swift, ibu dan pasukannya telah menyebabkan dia kehilangan tawaran pekerjaan susulan dari dakwaan itu.