PENYANYI dan penulis lagu terkenal Taylor Swift berdepan masalah besar apabila dilarang menyanyi secara langsung di anugerah berprestij American Music Awards (AMA) pada 25 November depan.
Berita buruk itu diluahkan penyanyi berusia 29 tahun itu kepada peminatnya, Swifties, di laman Twitter.
Difahamkan, Swift merancang untuk membawakan medley lagu-lagu hit sepanjang kariernya pada malam bersejarah itu selepas dia dijangka menerima anugerah Artis Sepanjang Dekad tahun ini.
BACA: Anugerah AMA: Taylor Swift dinobat Artis Sepanjang Dekad?
Menerusi tweet berkenaan, Swift meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan bekas eksekutif syarikat rakamannya terdahulu, Scott Borchetta dan Scooter Braun, di atas pertikaian membabitkan pemilikan lagunya.
Swift juga turut menggambarkan tindakan bekas eksekutif syarikat rakamannya itu sebagai satu kawalan yang tidak berperikemanusiaan ke atas lagu-lagunya.
Lebih menyedihkan, Swift juga mendedahkan, Borchetta dan Braun turut menyekat penggunaan lagu-lagu hits miliknya dalam rakaman persembahan konsertnya bagi sebuah dokumentari khas mengenai perjalanan hidupnya sepanjang berada di dalam industri muzik di sebuah laman penstriman atas talian.
Tambahnya, kedua-dua eksekutif berkenaan turut memberi amaran kepadanya supaya menjadi 'gadis yang baik' dan berdiam diri tentang perkara itu atau dia akan dihukum.
Braun, yang juga mewakili Justin Bieber dan Ariana Grande tahun ini, memiliki syarikat rakaman Big Machine Label Group yang diasaskan Borchetta.
Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu "Shake It Off" itu menyertai Big Machine ketika berusia 15 tahun dan kemudiannya meninggalkan syarikat itu November lalu untuk bersama Universal Music Group (UMG).
Swift melancarkan album pertama bersama UMG Ogos lalu.
Dalam kenyataannya juga, Swift meluahkan rasa bingung dengan pemilikan rakaman visual persembahannya di pentas-pentas anugerah, dokumentari dan rancangan televisyen terdahulu yang kini menjadi tanda tanya.
Faris Danial Razi
Sat Nov 16 2019
Swift meluahkan rasa bingung dengan pemilikan rakaman visual persembahannya di pentas-pentas anugerah, dokumentari dan rancangan televisyen terdahulu yang kini menjadi tanda tanya. Instagram taylorswift
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Taylor Swift tidak dibenar nyanyi lagu lama di pentas AMA
Difahamkan, Swift merancang untuk membawakan medley lagu-lagu hit sepanjang karier beliau pada malam bersejarah itu selepas beliau dijangka bakal menerima anugerah Artis Sepanjang Dekad tahun ini.
Anugerah AMA: Taylor Swift dinobat Artis Sepanjang Dekad?
Sebelum ini, Swift pernah memenangi empat trofi anugerah artis sepanjang tahun, selain dicalonkan bagi kategori sama pada tahun ini.
FAMA optimis capai sasaran 1,000 pasar tani menjelang 2020
Sebanyak 664 pasar tani beroperasi di seluruh negara ketika ini, melibatkan 28,574 peserta, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.
AMA 2015 : Taylor Swift raih 3 anugerah
Majlis penyampaian anugerah berprestij American Music Awards berlangsung pagi tadi (waktu Malaysia) di Microsoft Theatre di Los Angeles.