AKHIRNYA teaser filem tempatan paling dinanti-nantikan tahun ini, Interchange, menemui penonton.

Ia dilancarkan ke akaun YouTube rasmi filem berkenaan pada Khamis.

Biarpun hanya sekadar teaser berdurasi 58 saat, ia berjaya membangkitkan rasa teruja dan ingin tahu penonton tentang apa yang bakal dipersembahkan oleh filem berkenaan.

Filem itu dibintangi ramai bintang terkemuka Malaysia dan Indonesia, antaranya Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa.

BACA: Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian

Ia bakal membawa penonton melihat sisi kehidupan seorang jurufoto forensik, Adam, yang terjebak dalam dunia mistik, ketika membantu rakannya yang juga seorang detektif, menyiasat beberapa siri pembunuhan kejam.

TONTON: Gabungan mistik dan seni kebudayaan

GALERI FOTO:
Di sebalik tabir pembikinan filem "Interchange"

Sejak memulakan penggambaran, filem hasil arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke 25, Dain Said itu disebut-sebut sebagai sebuah filem yang bakal membawa peralihan paradigma dalam industri filem tempatan.

Filem itu dijangka ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa, sebelum memasuki pawagam hujung tahun ini.

Kredit: Interchange Film