ENTERTAINMENT
Teka-teki cinta Fattzura: Penerbangan tertangguh, sidang media dijangka lewat

Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang menyatakan pasangan itu sudah bernikah sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 15 November lalu. - Sumber foto Instagram/fattahaminz
Sabar menanti!
Peminat yang selama ini menunggu tentang status perkahwinan pasangan popular ini bakal mendapat kepastian jika mereka benar-benar sudah bernikah.
Spekulasi kisah cinta pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah Amin bakal terjawab petang ini dalam satu sidang media yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini petang ini.
Sidang media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat yang dipercayai dinaiki oleh Fattah, Fazura dan rombongan keluarga mereka dari Arab Saudi.

Disebabkan penerbangan pulang Fattah dan Fazura berlaku kelewatan beberapa jam, sidang media petang ini akan dilewatkan.

Disebabkan penerbangan pulang Fattah dan Fazura berlaku kelewatan beberapa jam, sidang media petang ini akan dilewatkan.
Ini adalah status penerbangan pesawat Saudi yang dipercayai dinaiki oleh Fattah Amin dan Fazura dari flightstats.comSebelum ini, desas-desus bertiup kencang menyatakan pasangan itu sudah bernikah sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 15 November lalu.
Pasangan ini mula rapat selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, yang disiarkan pertengahan tahun ini.
Nota: Saksikan secara langsung 'Sidang Media Khas Fattah Amin dan Fazura' melalui platform Astro AWANI (www.astroawani/live-tv) pada pukul 5.30 petang, FB Live jam 5.45 petang dan di Saluran 501 (Astro AWANI) sebaik sahaja sidang media bermula. Tonton!
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami