Tuah menyebelahi filem ‘Terbaik Dari Langit’ apabila berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) yang berlangsung di Kuching Sarawak malam tadi.

Filem arahan Nik Amir Nik Mustapha itu turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan teraju utamanya, Bront Palarae.

Terbaik Dari Langit adalah antara filem yang mendominasi pencalonan AIFFA 2015 kali ini apabila tersenarai dalam tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.

Filem ini turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.

Filem-filem hebat ASEAN lain yang turut mendapat pencalonan adalah Soekarno (Indonesia), Sokola Rimba (Indonesia), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.

AIFFA 2015 yang bertujuan memberi pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia bersiaran secara langsung dari di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada malam Sabtu.

Senarai penuh pemenang AIFFA 2015:

Filem Terbaik
Terbaik Dari Langit – Malaysia
Homostratus – Vietnam
Bendor – Philippines
Cahaya Dari Timur – Indonesia
Nuwebe (Termitaria) – Philippines

Pengarah Terbaik
Nik Amir Nik Mustapha – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Siu Pham – Homostratus – Vietnam
Ralston G Jover – Bendor – Philippines
Carlo Obispo – Purok 7 – Philippines
Joseph Laban – Nuwebe (Termitaria) – Philippines

Lakon Layar Terbaik
Redza Minhat – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Ralston G Jover – Bendor – Philippines
Wanggo Gallanga – Sonata – Philippines
Nik Amir Nik Mustapha – KIL – Malaysia
Ben Sihombing – Soekarno – Indonesia

Pelakon Lelaki Terbaik
Ario Bayu – Soekarno – Indonesia
Allen Dizon – The Coffin Maker – Philippines
Chicco Jerikho – Cahaya Dari Timur – Indonesia
Reza Minhat – Kil – Malaysia
Bront Palarae – Terbaik Dari Langit – Malaysia

Pelakon Wanita Terbaik
Cherie Gil – Sonata – Philippines
Vivan Valez – Bendor – Philippines
Prisia Nasution –Sokola Rimba – Indonesia
Barbara Miguel – Nuwebe (Termitaria) – Philippines
Krystle Valentino – Purok 7 – Philippines

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Nyungsang Bungo – Sokola Rimba – Indonesia
Sok Sothun – The Last Reel – Cambodia
Nico Antonio – Red – Philippines
Lukman Sardi – Soekarno – Indonesia
Lee Sai Peng – The Journey – Malaysia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Jajang C Noer – Cahaya Dari Timur
Dy Saveth – The Last Reel – Cambodia
Nadiya Nisa – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Nadiah Wahid – Yasmine – Brunei
Anna Luna –Bendor -Philippines

Sinematografi Terbaik
Gunnar Nimpuno – Sokola Rimba – Indonesia
Dang Xuan Truong – Inseminator – Vietnam
Jordan Chiam – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Bernard Dacanay – Red – Philippines
Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines

Suntingan Terbaik
Katie Flaxman – The Last Reel – Cambodia
Thop Nazareno – Purok 7 – Philippines
Rewan Ishak – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Julie Beziau – Homostratus – Vietnam
Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines

Anugerah Khas Juri – The Lion Men (Singapura)
Anugerah Khas Juri – Pee Mak (Thailand)
Anugerah ASEAN Spirit - Purok 7 (Filipina)
Anugerah inspirasi ASEAN – Datuk Jackie Chan