Tutup

Terbitan anak Sarawak selangkah ke Oscar

Terbitan anak Sarawak selangkah ke Oscar
Dari 96 filem, St. Louis Superman berjaya layak ke senarai 10 teratas bagi kategori 'Documentary Short Subject' Anugerah Oscar
KUALA LUMPUR: Selangkah sahaja lagi untuk menuju ke pencalonan akhir Anugerah Oscar ke 92. Dokumentari terbitan anak Sarawak ini membanggakan negara apabila disenarai pendek dari 96 filem yang layak di bawah kategori ‘Documentary Short Subject’.

Filem dokumentari pendek yang berjudul St. Louis Superman ini tersenarai antara 10 filem dokumentari terbaik dari seluruh dunia.
Berdasarkan kisah benar, filem St. Louis Superman menceritakan hidup Bruce Frans Jr. yang berdepan pelbagai cabaran dan trauma mental dalam misinya melakukan perubahan ke atas komunitinya sebagai wakil Missouri.

92nd Academy Award
Dalam video eksklusif yang dikongsi bersama wartawan AWANI Sarawak, Cheyenne Tan, 26, yang berasal dari Kuching, berkata dia tidak menyangka tersenarai dalam anugerah berprestij itu.

Cheyenne adalah merupakan seorang pengiat filem dan penerbit Meralta Films yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat. Selain Cheyenne, St. Louis Superman turut diarah Smriti Mundhra, Sami Khan dan anak kelahiran Pulau Pinang, Teng Poh Si.

92nd Academy Award

Dalam kesempatan ini, Cheyenne berharap agar pencapaian ini dapat memberi motivasi kepada anak muda untuk terus berkecimpung dalam industri seni perfileman.

“Nasihat saya untuk belia di luar sana, terus lakukan apa yang anda lakukan, jangan berhenti. Anda tidak perlu pergi jauh untuk membuat filem. Anda hanya perlu mendalami hidup anda, tegas dengan pendirian dan tonjolkan ia dalam hasil kerja anda,” katanya.

Berkongsi mengenai pelan jangka panjang dalam industri perfileman, Cheyenne berkata dia kini sedang mengusahakan beberapa projek filem di Amerika Syarikat dan India.

Ketika ini, debaran pastinya dapat dirasai menuju ke pencalonan akhir Top 5 bagi anugerah berprestij itu. Keputusan akhir pencalonan akan diumumkan pada 13 Januari ini.

Manakala, malam gala Anugerah Oscar akan diadakan di Dolby Theatre Hollywood, Los Angeles, California pada 9 Februari akan datang.



Tag: California, Los Angeles, Amerika Syarikat, filem, Hollywood, Kuching, Sarawak, Awani Sarawak, Astro Awani, Cheyenne Tan, Teng Poh si, St Louis Superman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.