Tutup

'Tercampak ke depan dan terhantuk kuat, sempat mengucap' - Ustaz Ebit Lew kemalangan

'Tercampak ke depan dan terhantuk kuat, sempat mengucap' - Ustaz Ebit Lew kemalangan
Menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan Tuhan, Ebit juga turut menceritakan detik cemas sewaktu kemalangan berlaku.
PENCERAMAH bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur pagi tadi.
 
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Ebit menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
 
Menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan Tuhan, Ebit juga turut menceritakan detik cemas sewaktu kemalangan berlaku.
 
“Dah 3 hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga.
 
“Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Tak ada kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan.
 
“Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik.
 
“Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat
 
“Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami.
 
“Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Tak ada apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang.
 
“Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz.
 
“Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang.
 
“Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat . Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Takde apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang. Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang. Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kaseh Ya Allah..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan rasa syukur kerana pendakwah itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.
 
“Alhamdulillah... Syukur semuanya selamat… Semoga ustaz dalam rahmat Allah S.W.T selalu... Amin,” tulis @noorhashimahhajiishak
 
“Alhamdulillah ustaz, syukur tiada kecederaan yang serius,” tulis @fikriirazak_
 



Tag: Instagram, Kuala Lumpur, kemalangan, kereta, Ebit Liew, polis, Ustaz Ebit, penceramah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.