awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
05/12/2017
10:38 MYT
Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum
Rizal Mansor nasihat artis henti guna pengaruh pesongkan pemikiran rakyat.- Gambar fail
Kelantangan sesetengah artis menemplak kerajaan baru-baru ini mendapat teguran Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang secara terbuka menasihati segelintir artis yang sewenangnya menghentam kerajaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Saya juga buat teguran terbuka kepada seorang artis yang telah merudum popularitinya dek kerana perangai sendiri yang tidak berdisiplin dan terlibat dengan gejala-gejala negatif.
"Kini, terdesak untuk meraih semula populariti, beliau cuba membuat posting-posting politik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang ditulis.
"Dapatkan fakta yang betul sebelum menulis dan tulislah dalam keadaan WARAS!!,” tegasnya dalam muat naik status FB miliknya.
Rizal pada masa sama menasihati pelakon terbabit berhenti dari menggunakan pengaruh sebagai artis untuk memesongkan pemikiran rakyat negara ini.
“Jangan menjadi perkakasan parti pembangkang yang kini terdesak untuk meraih populariti menjelang PRU14.
"Malah parti itu nak buat Mesyuarat Agung pun tak mampu bagaimana nak diharapkan untuk mentadbir negara?,” tambahnya lagi.
Mereka juga diminta berusaha keras dalam dunia seni tempatan yang disifatkan cukup luas bidangnya.
Kata Rizal, sekiranya mereka sudah tidak lagi menjadi pelakon, mereka harus berusaha ke arah lain atau setidaknya gunakan pengaruh untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan.
“Daripada menghabiskan masa membaca portal berita atau blog pembangkang, lebih baik mencari maklumat untuk mendapatkan pelbagai bantuan khususnya untuk orang bangsa sendiri dan masyarakat seni,” katanya.
Rizal turut memberi contoh, nasib beberapa artis dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali kepada dunia seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat mereka.
Topic Berkaitan
#artis
#Facebook
#FB
#pelakon
#penyanyi
#politik
#Rizal Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan