Tutup

'Terima kasih semua yang doakan kami' - Siti, Datuk K sambut ulang tahun perkahwinan

'Terima kasih semua yang doakan kami' - Siti, Datuk K sambut ulang tahun perkahwinan
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 buat Siti dan Datuk K. Semoga kekal bahagia ke Jannah.
HARI ini genap 13 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam beberapa entri di Instagram Siti, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang tidak jemu mendoakan mereka berdua.

"Sambutan sederhana ulang tahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, Alhamdulillah.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini," tulis Siti pada beberapa entri di Instagramnya.
 

Selain daripada keluarga terdekat, beberapa teman artis turut hadir di majlis sambutan ulang tahun perkahwinan tersebut.
 

Antara artis-artis yang hadir melalui gambar yang dimuat naik Siti ke Instagramnya adalah Mark Adam dan isteri, Syamel serta Ernie Zakri. Mereka kelihatan turut menyampaikan lagu secara duet bersama dengan Siti.

 

Rata-rata peminat meninggalkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan di ruangan komen serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac 2018.

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 buat Siti dan Datuk K. Semoga kekal bahagia ke Jannah.