Berita  |  Hiburan

Terima kejutan hari lahir ke-33, Sari Yanti geram dengan Jep Sepahtu

Terima kejutan hari lahir ke-33, Sari Yanti geram dengan Jep Sepahtu
Aktres itu berkongsi momen kejutan tersebut menerusi beberapa sedutan video dan foto yang dimuat naik di Instagram Stories Sari, @sariyanti.
PELAKON Sari Yanti meluahkan rasa 'geram' dengan suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang membuat kejutan bersempena hari lahirnya yang ke-33.

Aktres itu berkongsi momen kejutan tersebut menerusi beberapa sedutan video dan foto yang dimuat naik di Instagram Stories Sari, @sariyanti.




"Geram betul dengan budak belakang kakak tu. Orang dah baring nak tidur dia suruh buka pintu. Kata suruh ambil baranglah, apa lah. Dah lah sarung jubah tak gosok. Oh my malunya!" seloroh Sari.

Selain itu, Sari turut merakamkan ucapan terima kasih serta meluahkan rasa syukur kerana diraikan dengan kejutan.
 
 

Alhamdulillah pada 9 November meningkat lah usia kakak setahun lagi.. that makes me 33 years old today. Tak ada perkataan yang dapat di ungkap untuk rasa bahagia di atas doa doa kalian semua. Alhamdulillah.. terima kasih. Sari juga mendoakan semua agar bebas dari perasaan berdukacita dan selalu tenang di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. . .. .. Terima Kasih pada Suami tercinta @jepsepahtu untuk doa yang berpanjangan , keutamaan, perhatian dan kasih sayang.. walaupun masa bukan kawan diwaktu ini , namun Allah swt selalu beri dia jalan untuk sentiasa membahagiakan.. . . Terima kasih Pada keluarga yang pandai bersubahat dengan sang suami untuk kejutan yang menggirangkan hati.. . . . Terima kasih pada sahabat handai yang tak putus putus call dan mendoakan.. Tak kurang juga pada yang lupa tapi akan call kakak lepas baca post ni.. ai tetap sayang


UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI