Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tersentuh hati selepas menonton filem yang berlatarkan zaman 1950-an, ketika Tanah Melayu begitu hampir mendekati kemerdekaan, 'Suatu Ketika' arahan Prakash Murugiah, di ibu negara pada Khamis.
Berkisarkan nilai perpaduan dan semangat patriotisme yang tinggi, Mohamad tidak dapat menahan air mata saat menyaksikan beberapa adegan dalam filem itu yang mengimbau kembali kenangannya sendiri ketika kecil.
"Anaknya membohongi ayahnya untuk kebaikan masa depan. Bukan bohong sunat, tetapi kita rasa emosi lihat (adegan) ketika bapanya dapat tahu. Babak itu kita tidak dapat menahan air mata.
"Melihat sikap ibu bapa, sikap ibu, memang begitu. Apabila bapa memukul anak, ibulah menyelamat keadaan.
"Saya dulu begitu juga. Kalau ada bekas rotan yang ada sedikit bengkak, ibulah yang letak minyak angin dan sebagainya. Itu adalah satu emosi bagi kami orang lama. Melihat sebegitu terkenang masa kanak-kanak," katanya.
Jelasnya, sifat ibu bapa ketika tahun 50-an yang ditonjolkan dalam filem berkenaan amat dekat di hati masyarakat.
Malah, nilai perpaduan pelbagai bangsa ketika di bangku persekolahan membuktikan perjuangan yang melibatkan semua kaum demi Malaysia.
Terdahulu, Mohamad meluangkan masa bersama pengamal media menonton filem terbitan Kash Pictures Sdn Bhd tersebut yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Khamis.
Filem berdurasi 1 jam 33 minit itu mengisahkan bagaimana halangan yang terpaksa dihadapi sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Ujong Pasir pada tahun 1952 untuk menubuhkan pasukan bola sepak.
Filem yang antaranya dibintangi Nam Ron dan Pekin Ibrahim itu menelan perbelanjaan RM3.6 juta.
Penggambaran Suatu Ketika dengan sinematografi yang menarik itu dilakukan di beberapa lokasi antaranya Banting, Serdang dan Kuala Kangsar.
Fareez Azman
Fri Sep 13 2019
Mohamad Sabu dan Prakash Murugiah (kiri sekali) di ibu negara pada Khamis. - Astro AWANI
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Kepimpinan wanita dalam industri siber boleh dipertingkat melalui integrasi emosi
Anita berkata, sebagai peneraju dalam bidang yang didominasi lelaki, kaum hawa harus menggunakan emosi mereka secara positif.
Pasca banjir: Kanak-kanak perlu sokongan emosi, psikologi - Pakar
Sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan ini amat diperlukan terutama ketika fasa pasca banjir.
Kita banyak berhutang dengan anak-anak. Lakukan perubahan sebelum terlambat
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban daripada betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi.
Kerap peluk anak jika mahukan dia sihat, kuat dan bijak
Kita harus usaha untuk peluk anak sekurangnya 20 saat sehari. Itulah paling kurang jika kita mahu anak sihat, kuat dan bijak.
Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus
Golongan wanita yang mengalami peralihan menopaus akan melalui perubahan fizikal, mental, emosi dan kesihatan.
Ambil iktibar daripada Selesema Sepanyol, jangan abaikan aspek emosi anak - Dr Zulkifli
Kesan buruk terhadap generasi yang membesar ketika pandemik 1918 itu harus dipelajari supaya tidak berulang dan menimpa anak-anak kita.
Program Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental bakal jemaah haji - Zulkifli
Selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.
Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: Bagaimana kita boleh bantu antara satu sama lain?
Selain daripada kembimbangan dijangkiti wabak berkenaan, ada juga yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Masa terbaik calon SPM, SVM bertenang uruskan emosi
Tempoh ini dapat membugarkan semula semangat pelajar agar lebih bermotivasi menghadapi detik peperiksaan tidak berapa lama lagi.
Saya individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia - Meghan Markle
Beliau mengakui kesihatan mentalnya terjejas ketika berdepan dengan situasi yang cukup menyeksakan itu.