Tutup

Teruja apabila Will Smith repost video, Sofian simpan cita-cita ke Hollywood

Teruja apabila Will Smith repost video, Sofian simpan cita-cita ke Hollywood
Sofian yang menjadikan Zach King sebagai idola mula belajar tentang kesan visual hanya melalui YouTube. - Foto Instagram
BARU-BARU ini Muhamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Zach King Malaysia diterbang ke Budapest, Hungary, untuk bertemu dengan pelakon terkenal Hollywood, Will Smith.

Ketika dihubungi Gempak, Sofian memberitahu dia sangat teruja apabila diminta oleh Universal International Picture untuk bekerjasama dengan Will Smith mempromosikan filem terbarunya, Gemini Man.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awkward moment ever!


"Saya dijemput untuk bekerjasama dalam projek 'Content Creator With Will Smith' bertujuan mempromosikan filem terbarunya, Gemini Man.
"Sangat teruja kerana inilah kali pertama saya bertemu dengan pelakon Hollywood yang terkenal di seluruh dunia, apatah lagi dapat bekerjasama dengan beliau," kata Sofian kepada Gempak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This is not the final video


Sofian yang menjadikan Zach King sebagai idola mula belajar tentang kesan visual hanya melalui YouTube, walaupun mendapat pendidikan dalam bidang perakaunan di UiTM yang jauh daripada minatnya.
"Saya tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang kesan visual (visual effect) tetapi hanya belajar sepenuhnya daripada YouTube.


"Tujuan utama saya adalah untuk memberitahu kepada mereka di luar sana bahawa kita semua boleh buat apa yang kita inginkan jika kita ada kemahuan," jelas Sofian.

Menurut Sofian, segalanya menjadi bertambah besar apabila dia berpeluang bertemu dengan idolanya, Zach King di Jakarta Indonesia beberapa bulan lalu.

"Pertemuan saya dengan Zach King membuka mata ramai apabila Zach King turut mempromosikan skil yang saya ada, sekaligus mendedahkan saya pada lebih ramai peminat kesan visual.

"Dari situ lebih banyak peluang yang terbuka untuk saya, dan saya rasa bangga serta berterima kasih," tambah Sofian lagi.

Anak kelahiran Kelantan ini juga sangat teruja apabila Will Smith turut meletakkan video hasil yang dibuatnya di Instagram pelakon Hollywood tersebut.

"Seronok dan teruja kerana saya dapat tahu Will Smith 'repost' video saya pada pukul 4:00 pagi, tapi saya tidak tahu nak berkongsi dengan siapa kerana terlalu awal.


"Bila sudah bangun kembali, barulah saya mula berkongsi berita tersebut dengan teman-teman terdekat," jelas Sofian.

Menurut Sofian lagi, dia menyimpan cita-cita untuk bekerja di Hollywood dengan mana-mana syarikat produksi yang menerbitkan filem-filem blokbuster.

"Mereka yang bekerja untuk filem blokbuster ini bukannya seratus dua, tetapi mungkin mencecah ribuan orang. Saya mahu bekerja dengan mereka dan belajar lagi untuk menjadi lebih baik," kat Sofian.

Semoga Sofian berjaya mencapai impian dan jika anda ingin mengikuti video-video kesan visual yang dihasilkan oleh Sofiyan, anda boleh mengikutinya di Instagram @sofyank96 dan juga YouTube.


Tag: Instagram, filem, anak, Malaysia, Hollywood, Will Smith, Zach King Malaysia, Gemini Man



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.