awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terus cipta fenomena .... 'Hantu Kak Limah' hampir cecah RM30 juta!

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/08/2018
09:31 MYT
Terus cipta fenomena .... 'Hantu Kak Limah' hampir cecah RM30 juta!
Hantu Kak Limah sudah cecah kutipan RM27.5 juta selepas 15 hari tayangan. - Foto Astro Shaw
Filem Hantu Kak Limah terus memecah rekod apabila menghampiri angka kutipan RM30 juta.
Menurut kenyataan terbaharu Astro Shaw, filem itu kini mencatat kutipan RM27.5 juta hanya selepas 15 hari tayangan.
Ia sekali gus menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi setakat ini, melepasi jangkaan awal iaitu RM25 juta.
Hal itu disokong oleh jalan cerita yang menarik, di samping masa tayangan yang bertepatan dengan musim perayaan dan cuti sekolah.
Astro Shaw dalam kenyataannya memberitahu, sokongan jitu rakyat Malaysia terhadap filem itu adalah di luar dugaan, namun cukup berbangga dengan pencapaian filem arahan Mamat Khalid itu.
"Hantu Kak Limah bukan sahaja menjadi penanda aras baharu dari segi jumlah kutipan, tetapi juga membuktikan adanya harapan terhadap industri perfileman tempatan," kata kenyataan itu.
Hantu Kak Limah masih ditayangkan di 147 buah panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Brunei
#filem
#Hantu Kak Limah
#kutipan
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan