awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terus hangat di pawagam, Ola Bola kutip RM14.5 juta dalam 29 hari

Gempak
Gempak
26/02/2016
12:52 MYT
Terus hangat di pawagam, Ola Bola kutip RM14.5 juta dalam 29 hari
Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw arahan Chiu Keng Guan berjaya mencatat kutipan box-office RM14.5 juta selepas memasuki hari ke-29 tayangan.
FILEM Ola Bola terbitan Astro Shaw arahan Chiu Keng Guan berjaya mencatat kutipan box-office RM14.5 juta selepas memasuki hari ke-29 tayangan.
Maklum balas positif serta kutipan yang memberangsangkan ini didorong oleh reaksi baik penggemar filem yang telah menontonnya sejak 28 Januari 2016 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan sehingga kini.
Filem ini ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila pengguna memperkatakan mengenai filem Ola Bola.
Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.
Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.
Filem ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Dibarisi pelakon Bront Palarae, filem ini turut menampilkan bakat baharu seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Eric Teng, Bront Palarae dan Saran Kumar yang membantu menghidupkan lagi jalan cerita.
Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.
Jangan lupa saksikan filem Ola Bola di pawagam berdekatan dengan anda sekarang!
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Chiu Keng Guan
#kutipan yang memberangsangkan
#Ola Bola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan