'Tiada lagi lagu dan album baharu Dewa 19 selepas ini' - Ahmad Dhani

'Tiada lagi lagu dan album baharu Dewa 19 selepas ini' - Ahmad Dhani
Menurut Dhani, Dewa 19 kini sudah menjadi 'band panggilan' dan dia juga semakin aktif untukmemberi fokus kepada bidang politik pula selepas ini. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI Indonesia, Ahmad Dhani menjelaskan selepas ini mungkin tiada lagi lagu atau album yang akan dikeluarkan oleh kumpulannya iaitu Dewa 19.

Menurut Dhani, Dewa 19 kini sudah menjadi 'band panggilan' dan dia juga semakin aktif untukmemberi fokus kepada bidang politik pula selepas ini.

"Saya boleh katakan selepas ini mungkin tiada lagi lagu baharu atau album baharu untuk Dewa 19.
"Kami kini boleh digelar sebagai 'band panggilan' dan akan mengadakan persembahan bersama jika terdapat undangan atau kemunculan semula untuk bersama atas satu pentas.

"Namun semua itu bergantung pada semua anggota lain dan jika bayaran yang diterima berbaloi kami akan bersama semua tapi hanya sekadar 'band panggilan'," katanya kepada Gempak.

Dhani berkata demikian ketika sidang media konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia, di Bowery Petit Cafe, Damansara, pada Selasa.

Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia akan diadakan pada 2 Februari 2019, di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Dewa 19 Reunion Live in Malaysia masih boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my bermula yang bermula dari RM238 sehingga RM888.

Lawati juga laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di talian 0172792118 untuk keterangan lanjut.