MASIH ingat filem Charlie’s Angels?

Jika anda lahir sekitar 70-an, pastinya akan mengimbau kenangan dengan lakonan Kate Jackson, Farrah Fawcett, Jaclyn Smith.

Bagi mereka membesar sekitar 90-an pula aksi Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu paling memberi kesan.

Namun bagi tahun ini, nampak gayanya kita akan menyaksikan ‘angels’ baru menerusi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott, dan Ella Balinska.

Sama ada anda suka atau tidak, filem versi 'reboot' terbaru Charlie’s Angels ini akan ditayangkan 16 November 2019 nanti.

Anda boleh lihat trailer rasmi yang telah dikeluarkan bermula Khamis.


Persoalannya, adakah gandingan pelakon generasi baru ini akan memberi impak yang besar seperti filem Charlie’s Angels sebelum ini? Nantikan!