PENCETUS escapisme indah ke dalam dunia komik, pencipta sebenar 'adiwira' dunia, dan pembawa keseronokan imaginasi untuk segenap lapisan usia.

Itulah antara kata-kata yang diucapkan untuk mengenang Stan Lee.

Pemergian legenda di sebalik dunia Marvel itu bukan saja memberi tamparan kepada peminat-peminat filem aksi fantasi adiwira sedunia, malah dirasai secara mendalam oleh aktor dan aktres yang pernah 'menghidupkan' watak-watak berkuasa hebat tersebut.

Pelakon-pelakon filem Avengers meluahkan rasa sedih di laman sosial mereka atas pemergian Lee.

Aktor Chris Evan yang memainkan watak sebagai Captain America berkata, tiada siapa dapat menggantikan mendiang Lee dan dia berterima kasih kepada mendiang atas semua pengembaraan dalam filem Marvel.

Sementara itu pelakon, Robert Downey Jr yang memainkan watak Iron Man juga berkongsi gambar kenangannya bersama mendiang di Instagram miliknya dengan kapsyen “Saya terhutang budi dengan kamu, berdamailah di sana."


Mark Ruffalo juga meluahkan rasa hati di Instagramnya. Bagi pembawa watak Bruce Banner itu, khabar pemergian Lee merupakan hari yang sangat sedih buatnya, namun berasa amat berbesar hati kerana sempat menjadi sebahagian kecil dalam dunia ciptaan Stan Lee.


Begitu juga dengan Chris Hemsworth yang terkenal sebagai dewa sasa berkuasa petir dari Asgard, Thor. Menerusi akaun Twitter miliknya, Hemsworth memberi penghormatan kepada individu yang telah membawakan sebuah kembara hebat.


Berikut adalah kompilasi dedikasi pelakon-pelakon yang pernah menjayakan watak-watak ciptaan mendiang Lee dalam Marvel Universe:


Bagi penonton dan peminat, Stan Lee sangat diingati kerana kerap membuat kemunculan cameo dalam filem-filem Marvel, antaranya X-Men, Captain America, Iron Man, Thor, Spiderman dan banyak lagi.

Stan Lee pernah muncul dalam beberapa filem marvel sebagai cameo - @livschaff

Mendiang telah meninggal dunia pada usia 95 tahun di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles pada Isnin.

BACA: Legenda komik Marvel, Stan Lee, meninggal dunia pada usia 95 tahun