Tidak lagi sesuai digelar artis berbadan gempal, Afdlin Shauki kini semakin kurus!

Tidak lagi sesuai digelar artis berbadan gempal, Afdlin Shauki kini semakin kurus!
Pelakon dan hos popular itu mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut. Instagram @afdlinshaukiofficial
PELAKON, pelawak dan hos terkenal Datuk Afdlin Shauki mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut dan ia dibuktikan melalui perbandingan gambar yang dimuat naik di Instagram.

Gambar itu menunjukkan perbezaan bentuk tubuhnya pada Disember 2018 dan April 2019.

Malah muat naik itu bagi memberikan semangat kepada pengikutnya yang mengalami masalah berat badan dengan mesej bahawa jangan putus semangat untuk menguruskan badan.
Dalam muat naiknya itu, Afdlin mengakui melakukan perubahan ini demi anak-anaknya dan berikrar akan mencapai berat badan ideal secara perlahan-lahan.


Beliau turut berjanji akan terus konsisten terhadap perubahan ini.

Mungkin perkongsian Afdlin ini akan membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia bahawa misi mendapatkan berat badan ideal adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Kerajaan sebelum ini mengakui masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat.

Kajian mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.

Kami di Astro AWANI mengucapkan tahniah kepada Afdlin atas iltizam untuk mengutamakan kesihatan dan menjadi contoh terbaik kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan!










Tag: Afdlin Shauki, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Seri Vida, Instagram, Astro Awani, hiburan, filem, entertainment, gemuk, kesihatan, obesiti


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.