Mulai malam tadi hingga malam esok, keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair mengadakan majlis tahlil di kediaman pelakon itu di Pejaten, Jakarta Selatan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahmad Habib yang diberi tanggungjawab untuk memimpin bacaan tahlil itu.
"Insya-Allah tahlilan sampai dengan tiga hari, malam hari ini, besok malam sampai malam Jumat," kata Ahmad seperti dilaporkan portal Kompas.
BACA:"Bunga, terima kasih kerana mencintai anak saya" - Bapa Ashraf Sinclair
BACA: Bunga Citra Lestari kehilangan kata-kata...
Jenazah Allahyarham Ashraf, 40, yang meninggal dunia akibat serangan jantung dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat selepas solat Asar pada Selasa.
Allahyarham menempa kemasyhuran di Indonesia selepas berkahwin dengan penyanyi tersohor negara itu, Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008.
Ashraf memilih untuk menetap di Jakarta bersama isterinya dan aktif melebarkan kerjaya seninya sehngga disenarai sebagai antara artis yang disegani ramai.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam tidur pada awal pagi Selasa.
Allahyarham Ashraf meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari yang juga penyanyi ternama Indonesia serta seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10.
BACA: "Hidup ini fragile" - Nasihat Ashraf Sinclair kepada Nash Idrus
BACA: 'Kamu nampak sangat tenang & indah' - Sazzy Falak ke Jakarta, 'jumpa' Ashraf Sinclair kali terakhir
BACA: Yuna tiba di Jakarta untuk bersama keluarganya
Astro Awani
Wed Feb 19 2020
Bunga Citra Lestari dan Noah Aidan Sinclair di pusara Allahyarham Ashraf Sinclair. - Gambar KOMPAS
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Tiga malam tahlil buat Allahyarham Ashraf Sinclair
Keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair mengadakan majlis tahlil di kediaman pelakon itu di Pejaten, Jakarta Selatan selama tiga malam.