TIKET konsert ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid telah terjual sebanyak 80 peratus walaupun tarikh konsert masih berbaki tiga bulan.
Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Negara pada 5 Ogos 2017.
Sheila atau nama penuhnya Shaheila Abdul Majid, 52, akui dirinya teruja untuk bertemu peminat menjelang konsert ini.
"Saya sebenarnya teruja tapi dalam masa yang sama sedikit gementar. Saya tak sabar nak lihat penonton berseronok pada malam itu nanti.
"Jadi saya mohon supaya siapa yang teringin nak lihat saya beraksi di pentas yang gah itu, cepat-cepatlah dapatkan tiket sebelum habis dijual," kata Sheila kepada Astro Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran itu turut ditanya adakah dia merancang untuk menambah hari persembahan sekiranya mendapat sambutan hangat.
"Memang ada peminat yang mula bertanya sama ada saya akan menambah hari persembahan konsert tersebut dan jawapan saya adalah tidak.
"Bukan tak mahu, tetapi untuk menambah hari persembahan, ianya akan melibatkan lebih banyak kos dan juga komitmen.
"Banyak perkara yang perlu diambil kira termasuklah kemampuan tenaga saya sendiri," ujarnya ketika ditemui media.
Datuk Sheila Majid ditemui pada majlis sidang media pengumuman konsert Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 di hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur pada Rabu.
Menjelang konsert mega ini, Sheila turut berkongsi bahawa dirinya sudah mula membuat persediaan awal dari segi vokal dan fizikal.
"Pada malam itu nanti saya akan menyanyikan 40 buah lagu, oleh itu saya harus kekal bertenaga.
"Saya memang dah mula dengan persediaan fizikal terlebih dahulu dan bersempena dengan bulan puasa ini, saya akan tetap bersenam bagi menjaga stamina.
"Selain latihan fizikal, saya juga akan mula berlatih vokal pada minggu kedua Ramadan.
"Dan saya berharap menjelang konsert itu nanti, tenaga ini akan terus berkekalan untuk memberikan yang sehabis baik kepada peminat,” jelas Sheila yang bakal sibuk dengan jadualnya sepanjang Ramadan.
Peminat boleh mendapatkan tiket konsert yang dijual bermula RM98 hingga RM888 menerusi laman web www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian +603 9222 8811.
Gempak
Thu May 25 2017
Sheila giat menjalani latihan fizikal dan vokal menjelang tarikh konsert beliau. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.
Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.
Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang
Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel dilihat menerbangkan layang-layang berwarna-warni di kawasan perkhemahan sementara mereka di Rafah.
Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang disyaki membunuh pekerjanya telah ditahan di lapangan terbang Bangkok pada Ahad dan dihantar pulang ke negara asal pada Isnin.
Alif Satar kemalangan
Penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.
Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa
MPP UMK sambut baik keputusan KPT memberi autonomi kepada mahasiswa dan universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut.
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.
Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar?
Difahamkan, majlis pertunangan diadakan di kediaman penyanyi itu di Selayang, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun
Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.