Kumpulan band Pop Australia, 5 Seconds of Summer akan mengadakan konsert jelalah 'Sounds Live Feels Live' di Kuala Lumpur, Mac tahun depan.
Penjualan tiket bagi konsert tersebut dibuka semalam di Rock Café, The Curve serta di laman web prworldwidelive.com.
Kemeriahan konsert sudah mula dirasai di media sosial.
Peminat-peminat mula berkongsi gambar tiket mereka di laman Twitter menerusi hashtag #SLFLMalaysia.
Kini hashtag #SLFL merupakan antara topik trending di laman Twitter.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah, penjualan tiket SLFL kategori ‘RV’ semalam habis dijual dalam masa beberapa jam, sekaligus mengundang rasa kecewa di kalangan peminat yang tidak berjaya untuk memperoleh tiket tersebut.
Difahamkan kini hanya tiket ‘General Admission’ yang masih boleh didapati.
Kebanyakan mereka mendesak pihak penganjur untuk menukar lokasi ke kawasan yang lebih besar agar dapat menampung jumlah penonton yang lebih ramai.
Malah ada yang meminta kumpulan band tersebut untuk mengadakan konsert pada dua hari yang berlainan agar peminat yang tidak berjaya membeli tiket untuk konsert ini, diberi peluang kedua.
Konsert 'Sounds Live Feels Live' akan diadakan pada 2 Mac 2016, jam 8 malam di Dewan 4 dan 5 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Perkara ini diumumkan oleh pihak penganjur konsert antarabangsa, PR Worldwide pada bulan lepas dan dipercayai diadakan sempena album terbaru kumpulan itu - 'Sounds Good Feels Good' yang diterbitkan Capitol Records pada 23 Oktober lalu.
Pada asalnya, kumpulan pop yang terdiri Luke Hemmings, Micheal Clifford, Calum Hood dan Ashton Irwin itu dikenali sebagai selebriti Youtube sebelum menjadi popular di kalangan peminatnya.
Kohilah Sekaran
Sun Nov 08 2015
Penjualan tiket konsert 'Sounds Live Feels Live', semalam habis dijual dalam masa beberapa jam dan ia sekali gus mengundang rasa kecewa di kalangan peminat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
#5SOSmalaysia: Demam 5 Seconds of Summer melanda Malaysia
Populariti empat anak muda ini bukan calang-calang apabila hashtag #5SOSmalaysia dan #SLFLmalaysia antara yang trending hari ini.
Tiket #SLFL Malaysia habis dijual: Peminat minta penganjur tukar lokasi
Penjualan tiket konsert 'Sounds Live Feels Live', semalam habis dijual dalam masa beberapa jam dan ia sekali gus mengundang rasa kecewa di kalangan peminat.