awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tomok, Pekin, Fattah Amin kutip derma atas keretapi

Gempak
Gempak
14/01/2017
00:56 MYT
Tomok, Pekin, Fattah Amin kutip derma atas keretapi
Program busking tersebut bukan sahaja akan dijayakan tiga artis ini, malah 14 selebriti tempatan lain juga akan turut terlibat.
PELAKON dan penyanyi Tomok, Fattah Amin dan Pekin bakal menyanyi dan busking atas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter pada 21 Januari ini. Acara Busking Aid On Train itu bertujuan untuk menghiburkan penumpang komuter secara santai sambil memungut derma untuk rumah kebajikan. Pekin Ibrahim berkata, program itu merupakan projek atau tugasan dia dan rakan artis yang terlibat sebagai pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurisan Sarjana Pengurusan Industri Kreatif. "Sebenarnya program ini dilakukan atas tujuan amal dan menjadi sebahagian daripada tugasan sesi terakhir projek Pembangunan Masuarakat lll kami. "Jadi busking ini bukan sahaja kami bertiga sahaja terlibat malah 14 selebriti tempatan lain yang berada dalam kelas yang sama turut menjayakan projek ini. "Jika sebelum ini orang lebih mengenali saya sebagai pelakon tetapi kali ini secara eksklusifnya orang boleh lihat saya menyanyi dan bermain alat muzik. "Selain itu program ini juga bakal menyokong kempen Green World yang mana sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya memelihara alam sekitar dengan menaiki perkhidmatan awam keretapi ini," katanya. Pekin ditemui ketika sidang media Busking Aid On Train yang diadakan di KL Sentral, Khamis. Antara selebriti lain yang terlibat adalah seperti Aril Pilus, Zahid Baharudin, Akma Abdullah, Haziq Rosebi, Maulana AF, Ashraf Pretty Ugly dan ramai lagi. Busking Aid On Train yang akan bermula pada jam 10.30 pagi bakal diadakan di stesen komuter Sungai Buloh, Bandar Tasik Selatan dan berakhir di KL Sentral.
Topic Berkaitan
#Busking Aid On Train
#demi kebajikan
#Fatah Amin
#kutip derma
#Pekin
#Tomok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan