Treler Ola Bola, filem mengenai zaman kegemilangan bola sepak Malaysia pada era 70-an telah dilancarkan hari ini.

Filem arahan Chiu Keng Guan ini merupakan hasil inspirasi terhadap sejarah sukan bola sepak pada era 1970-an.

OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

TONTON SEKARANG!! Treler Rasmi filem #OlaBola yang akan berada DI PAWAGAM 28 JANUARI 2016 . Hari #KembalinyaKeyakinan ....

Posted by Astro Shaw Sdn Bhd on

Treler filem ini kini boleh ditonton di laman Facebook penerbit, Astro Shaw, yang sebelum ini telah memecahkan rekod kutipan tayangan filem tertinggi di Malaysia dengan Polis Evo.

Rekod sebelum ini dipegang oleh The Journey, satu lagi filem terbitan Astro Shaw yang juga diarahkan oleh Chiu.

Filem bergenre drama ini menampilkan pelakon hebat, Bront Palarae dan penampilan istimewa oleh Frankie Lee.

Menariknya, OlaBola turut dibarisi pelakon baru yang bakal menyinar seperti JC Chee (Kwok Keong atau Tauke), Luqman Hafidz (Ali), Saran Kumar (Muthu) dan Marianne Tan (Marianne).

Untuk mendapat info terkini tentang OlaBola, sila layari lawan web www.olabola.tv serta ikuti akaun instagram di olabola.tv.