awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tudung bawal hitam RM50,000, sama harga dengan sebuah Myvi!

Gempak
Gempak
28/05/2019
22:29 MYT
Tudung bawal hitam RM50,000, sama harga dengan sebuah Myvi!
Diilhamkan daripada padang pasir berbunga, ia bertepatan dengan personaliti pemiliknya untuk digayakan menjelang sambutan Syawal nanti. - foto Facebook
TUDUNG termahal di dunia berharga RM50,000 sah menjadi milik seorang ahli perniagaan wanita dari Kuantan, Pahang.
Tudung bawal hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski itu telah diserahkan kepada butik ByQiss by Bawal Exclusive untuk diberi pada pelanggan.
Dihasilkan sepenuhnya di Austria, ia mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.
Memetik kenyataan Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menerusi Berita Harian, lebih 10 warna batu kristal Swarovski yang digunakan untuk perhiasan tudung ini.
“Harga RM50,000 itu adalah termasuk dengan kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya,” katanya lagi.
Diilhamkan daripada ‘padang pasir berbunga’, ia bertepatan dengan personaliti pemiliknya untuk digayakan menjelang sambutan Syawal nanti.
Tahun lalu, rekod tudung paling mahal dihasilkan oleh pemilik yang sama dengan harga RM33,000.
Di Facebook, netizen berkongsi pendapat tentang harga tudung yang meyamai harga sebuah kereta Perodua Myvi ini.
Ada yang berasa bangga apabila ada wanita tempatan yang mampu membeli sesuatu barangan yang dianggap ‘remeh’ dengan harga yang tak masuk akal dan ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka.
Topic Berkaitan
#boleh beli kereta
#ByQiss by Bawal Exclusive
#Facebook
#Kuantan
#Myvi
#Pahang
#swarovski
#tudung bawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan