Tutup

Tumpahnya air mata penyanyi Aris Ariwatan dijemput ke Tanah Suci

Tumpahnya air mata penyanyi Aris Ariwatan dijemput ke Tanah Suci
Aris yang terpilih sebagai salah seorang jemaah haji bagi musim 1440 Hijrah mengalirkan air mata ketika ditanya perasaan selepas dijemput ke tanah suci. - Foto Astro AWANI
SEPANG: Penyanyi lagu "Cinta Tak kenal Siapa" dan "Lamunan Terhenti" Aris Ariwatan atau nama sebenarnya Harris Fadzillah Daud, 54, tidak dapat menahan sebak selepas mengenang keluarga dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau.

Dia yang terpilih sebagai salah seorang jemaah haji bagi musim 1440 Hijrah mengalirkan air mata ketika ditanya perasaannya selepas dijemput ke Tanah Suci.
"Kalau diikutkan saya menunggu tahun 2021, tetapi Alhamdulilah tahun ini Allah SWT menjemput saya untuk mengerjakan haji.

"Sebenarnya ramai rakan saya telah pergi Haji cuma tahun ini saya terpilih untuk pergi. Saya sebenarnya terkejut sebab ujian terbesar sebelum saya berangkat ini terlalu banyak persembahan, terlampau sibuk sampai saya tidak dapat ikut Kursus Perdana Haji kerana saya memenuhi undangan. Itu mungkin ujian buat saya, terlalu sibuk hampir sebulan sejak hari raya pertama," kata Aris ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Jelas Aris lagi, dia turut membawa doa Allahyarham abang dan kakaknya ke tanah suci yang banyak memberi inspirasi dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi.


Ditanya mengapa menangis, dia pada awalnya bercadang untuk membawa kesemua keluarga untuk mengerjakan Haji tetapi rezeki buatnya dan isteri pada tahun ini.

"Paling utama sekali kepada peminat saya atas doa anda semua, dan anak saya pun ujian hari ini semoga dipermudahkan dunia dan akhirat.

"Menitis air mata, sebab panggilan ini saya jangkakan 2021, rupanya dapat awal Alhamdulilah. Kalau ikutkan saya nak bawa semua, tetapi dijemput saya dan isteri saya, keluarga yang lain termasuk isteri kedua saya di rumah Insyallah bersabar akan sampai waktu mereka mengerjakan haji," jelas Aris lagi yang ditemui dalam Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia bagi musim Haji 1440 Hijrah/2019.

Aris dan isterinya Maria M.Nur berlepas menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6.20 petang Ahad dan dijangka tiba pada 9.55 malam di Lapangan Terbang antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah.


Tag: Astro Awani, Media, KLIA, Jemaah Haji, Tetamu, Aris Ariwatan, Lamunan Terhenti, Cinta Tak Kenal Siapa, Penyanyi, Rock, 90'an, Hiburan, Jeddah, Mekah, Madinah, Musim Haji, 1440H, Tabung Haji



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.