Tutup

Tun Mahathir hadir tayangan gala 'M For Malaysia'

Tun Mahathir hadir tayangan gala 'M For Malaysia'
Dokumentari ini diarahkan dan diterbitkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussile, bersama penerbit eksekutif "M for Malaysia", Datin Paduka Marina Mahathir. - Foto Astro AWANI/Hasimi Muhamad
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir menyaksikan tayangan gala filem dokumentari 'M For Malaysia' di GSC Pavilion, malam ini.

Dr Mahathir yang diiiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di sini kira-kira jam 8.40 malam.

Ketibaan pemimpin nombor satu negara itu disambut dengan tepukan dan sorakan daripada para hadirin, yang hadir sama untuk memberikan sokongan kepada dokumentari tersebut.

Antara yang turut hadir pada gala tayangan 'M For Malaysia' adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz serta ramai lagi.

Dokumentari ini diarahkan dan diterbitkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussile, bersama penerbit eksekutif "M for Malaysia", Datin Paduka Marina Mahathir.



“M for Malaysia" menceritakan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan dan ia merupakan julung kali selepas 60 tahun, Barisan Nasional (BN) berjaya ditumpaskan.

Ia dijadual ditayangkan selama empat hari di 37 pawagam seluruh negara bermula 12 September ini.




Tag: M For Malaysia, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, tayangan gala, GSC Pavilion, Pakatan Harapan, Siti Hasmah Mohd Ali, Lim Kit Siang, Marina Mahathir



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.