Skip to main content

Hiburan

Tunai umrah, Siti Nordiana mohon maaf sebelum berangkat ke Mekah

61512532841_sitinordianaumrah2.jpg
PENYANYI Siti Nordiana telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam,  untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Siti Nordiana mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

Siti Nordiana atau Nana  turut berdoa agar perjalanan serta ibadahnya dipermudahkan.

Terdahulu, Nana memaklumkan kepada Astro Gempak, ini merupakan ibadah umrah pertamanya.

Nana ke tanah suci bersama anaknya,  Muhammad Rayyan serta beberapa ahli keluarganya.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Nana berjalan lancar.




Advertisement

Must Watch Video