Tutup

Turun sebanyak 45kg.. ini rupanya diet diamalkan Adele

Turun sebanyak 45kg.. ini rupanya diet diamalkan Adele
Penampilan terkini Adele mengundang perhatian ramai.

KEMUNCULAN terbaru penyanyi Adele sekitar Oktober lalu telah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej yang lebih langsing.

Difahamkan, Adele telah berjaya menurunkan berat badan hingga 45 kilogram (kg).

Pendedahan tersebut sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimanakah Adele mampu menurunkan berat badan sebanyak itu.

Menurut laporan US Weekly, Adele dikatakan telah mengupah seorang jurulatih peribadi yang pernah berkhidmat untuk Jennifer Lawrence.

Untuk Adele pula, dia melakukan latihan kardio sekerap tiga kali seminggu.

Selain itu, Adele juga dilaporkan telah mengamalkan Sirtfood Diet.

Diet ini memfokuskan makanan berkhasiat yang rendah kalori, berprotein tinggi serta melebihkan buah-buahan dan juga jus.

Apa yang menariknya, pengamal rutin ini masih boleh mengambil makanan-makanan yang mereka sering ambil coklat dan kopi.





Tag: adele, berat badan, selebriti, penyanyi, sirtfood diet, pemakanan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.