Tutup

Turunkan berat badan secara mendadak, usaha Shaheizy Sam membuahkan hasil

Turunkan berat badan secara mendadak, usaha Shaheizy Sam membuahkan hasil
SAM: Terima kasih kepada barisan juri yang menghargai bakat saya dan merasakan saya layak untuk merangkul trofi ini. - Astro GEMPAK
USAHA aktor Shaheizy Sam menurunkan berat badan secara mendadak untuk menjayakan watak Naufal dalam filem Pinjamkan Hatiku nyata membuahkan hasil.

Meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) baru-baru ini, Sam merealisasikan karakter seorang lelaki yang menderita sakit kanser tahap empat.
"Alhamdulillah, usaha saya untuk mendalami watak Naufal membuahkan hasil. Saya memang tertarik dengan karakter Naufal dan sebelum memulakan sesi penggambaran, saya berusaha untuk menurunkan berat badan untuk memenuhi tuntutan watak.

"Pada awalnya, saya lakukan perkara tersebut untuk kepuasan tersendiri. Usaha saya berbaloi. Saya berterima kasih kepada penerbit, pengarah serta rakan pelakon lain seperti Ayda Jebat, Datuk Farid Kamil, Normah Damanhuri dan ramai lagi serta semua tenaga produksi filem Pinjamkan Hatiku ini," kata Sam.
Sam menewaskan empat finalis lain iaitu Faizal Hussein (Dukun), Datuk  Rosyam Nor (KL Special  Force), Remy Ishak (Pulang) dan Jalil Hamid (Bisik Pada Langit).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nervous atas stage susah nak hilang, membuatkan kata-kata susah nak dijaga. Pertama sekali, syukur Alhamdulillah keatas rezeki yang diberi ni, Ya Allah. Semoga pinjamanMu ini dijaga dengan Baik. Amin. Terima kasih @khatyfauziah kerana doa2 seorang Ibu yang inginkan yg terbaik untuk anak ini tidak pernah putus. Isteri @samtilla anak @syerivsamheizy sebagai tulang belakang yang membuatkan Sam sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang Sam lakukan demi masa depan. To all my FAMILY, I LOVE U ALL!! Terima kasih juga pada @tv3malaysia @mediaprimabhd diatas platform yang diberikan bagi menghargai karya anak-anak seni. Terima kasih yang tak terhingga buat para-para juri. Kita semua tahu bahawa kerja lakonan ini sangat subjektif untuk dinilai. Terlalu ramai calon-calon yang mempunyai kehebatan tersendiri dalam lakonan, tidak kurang dengan usaha-usaha mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik, namun Sam percaya mungkin kerana LUCK berpihak lebih kepada Sam. Oleh kerana itu, Sam selalu menganggap tiada istilah TERBAIK, its all about LUCK. Jadi, Sam betul2 hargai para juri yang telah melayakkan diri Sam untuk menerima pengiktirafan ini. Alhamdulillah! Kepada Aura White, Nuansa @osmanali_nuansa @yusyusop81 kerana memberi peluang untuk bekerjasama. Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Para pelakon yang memberikan kerjasama dan energy yang sangat2 baik pada Sam sepanjang penggambaran @aydajebat @faridkamilz @normahdamanhuri @nazamanas @lia_natalia and everyone (you know who you are). All the crew members yang membantu dari setiap sudut pembikinan, u guys helped a lot. Kepada @vitoedolini pun tak lupa gak, terpaksa melayan kerenah dan angin org yg tengah diet teruk. I love u brother!!! Tak pernah lupa pada @kak_ogy yang banyak membantu untuk merialisasikan Naufal. U really opened up my mind and those inputs were brilliant. Heard about your loss, kak. My deepest condolences to u and your family. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin. Kepada rakan-rakan, @themagicianfamily yang tak pernah berhenti menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk Sam, semoga Allah membalas jasa baik anda semua ❤️ #ASK2018 #Humbled

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Ketika ditanya perasaannya apabila dapat menewaskan empat pelakon berbakat lain, Sam mempunyai jawapan tersendiri. 

"Saya sendiri tak sangka saya menang. Lihat sahaja senarai Top 5, semuanya berpengalaman dan berbakat besar. Saya rasakan ini merupakan rezeki buat saya.

"Terima kasih kepada barisan juri yang menghargai bakat saya dan merasakan saya layak untuk merangkul  trofi ini. Mungkin ada sebab tersendiri mengapa saya dipilih," katanya lagi.



Dalam perkembangan lain, filem lakonan Sam bersama Zizan Razak, Polis Evo 2 bakal menemui peminat pada 22 November ini.