awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan BAP di Melaka dijangka selesai hujung bulan ini
KLIA perkukuh peranan bendung penyeludupan hidupan liar menerusi program kesedaran barisan hadapan
PPM Langkawi patahkan cubaan seludup peranti, cecair vape ke Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tutup aurat, Lisa Surihani minta peminat doakan dia istiqomah

Gempak
Gempak
26/06/2019
04:00 MYT
Tutup aurat, Lisa Surihani minta peminat doakan dia istiqomah
Kata Lisa Surihani, doa orang ramai penting buat dia untuk melakukan perubahan dalam hidup. - Gambar Gempak
PELAKON Lisa Surihani berharap agar orang ramai mendoakan agar dia lebih istiqomah dengan imej berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.
Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan.
"Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej.
"Pada masa yang sama, saya berharap agar mereka diluar sana supaya dapat doakan saya supaya istiqomah.
"Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan.
"Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu.
"Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya," katanya kepada Gempak.
Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media anjuran Snap Inc, di Restoran Yellow Apron, Petaling Jaya, pada Selasa.
Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Yusry Abd Halim yang juga anggota KRU pada 23 Februari 2012.
Pasangan berkenaan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Topic Berkaitan
#Lisa Surihani
#Lisa Surihani minta peminat doakan dia istiqomah
#pelakon
#tutup aurat
#Yusry Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan