awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tweet Fizo: Vida tak kisah, telan semua kritikan

Gempak
Gempak
15/12/2015
13:14 MYT
Tweet Fizo: Vida tak kisah, telan semua kritikan
Datuk Seri Vida mengaku sudah lali dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya.
PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mengaku sudah lali dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya. Terbaharu, pengasas produk Pamoga dan Qu Puteh itu telah dikaitkan dengan status yang dimuat naik pelakon Fizo Omar di laman Twitter. Menerusi kemas kini yang dimuat naik pada malam Ahad baru-baru ini, Fizo telah menulis “Potong stim la tengok #gegarvaganza ni...Nak tengok otai-otai menyanyi, bukannya...” Walaupun Fizo tidak mengaitkan sesiapa menerusi entri tersebut, rata-rata pengguna twitter mengandaikan ia ditujukan kepada Datuk Seri Vida yang juga penaja utama Gegar Vaganza. Mengulas tentang perkara tersebut, Datuk Seri Vida memberitahu dia terkejut pada awalnya tetapi tidak mengambil peduli mengenainya. “Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media. “Tetapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah. “Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak. Tambahnya lagi, dia terbuka menerima apa sahaja kritikan dan pandangan kerana yang penting adalah nawaitu. “Nawaitu saya cuma satu...Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan. “Biar apa pun orang kata tentang saya, itu adalah diri saya. Jika orang faham tentang perniagaan, dia akan faham juga tentang strategi orang berniaga. “Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa. “Jika mahu berjaya, kita perlu sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Saya bersyukur kerana akhirnya produk saya diterima dan tagline “Qu Puteh, Qu Puteh..Barulah Puteh” juga turut meniti di bibir masyarakat. Alhamdulillah...mujur ada Pamoga,” ujarnya positif.
Topic Berkaitan
#Fizo Omar
#Gegar Vaganza
#Hasmiza Othman
#Pamoga
#Qu Puteh
#Vida Beauty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan