Minggu lalu dunia dikejutkan dengan perihal seorang bintang terkenal Hollywood yang dikatakan telah memeluk agama Islam.

Beliau yang dimaksudkan adalah aktor yang popular menerusi lakonannya dalam siri filem The Fast and The Furious iaitu Tyrese Gibson.

Pelbagai portal berita dan hiburan seluruh dunia membuat andaian bahawa anak seni kelahiran Los Angeles itu telah menerima agama Islam susulan beberapa muat naiknya di laman Instagram.





Profil Instagramnya terus dihujani banyak komen-komen dari peminat beragama Islam yang dilihat seakan-akan ‘menerima’ saudara baru.

Tyrese Insta 1

Tyrese Insta 2

Tyrese Insta 3

Tyrese Insta 4

Desas-desus yang hangat memperkatakan penukaran pegangan agama menjurus kepada Tyrese untuk menerangkan perkara sebenar di Facebook.

Tyrese FB

Astro AWANI juga tidak ketinggalan untuk melaporkan kisah menarik ini di laman web mahupun siaran televisyen.

Tidak semena-mena, liputan itu mendapat perhatian pihak pengurusan atau Tyrese sendiri sehingga pelakon dan penyanyi itu menggesa Astro AWANI untuk memadamkan salah satu video di laman web astroawani.com.


Video itu tertera tajuk ‘Pelakon Fast & Furious Tyrese Gibson nafi peluk Islam’. Tyrese yang tidak memahami kandungan sebenar video tersebut menyangka laporan berkenaan memainkan kisah beliau yang menyelami agama Islam.

Lalu dimintanya pengurus akaun Twitter Astro AWANI memadamkan video itu menerusi muat naik di Twitter.


Astro AWANI bertindak pantas dengan menerangkan maksud sebenar tajuk yang disalahertikan itu.


Secara ringkasnya, Tyrese menyalah anggap video dan berita yang disiarkan Astro AWANI sebagai satu lagi kisahnya menukar agama.

Tyrese yang baru melancarkan single terbaru dari album kesepuluh turut menggunakan Twitter untuk sekali lagi menjernihkan status pegangan agamanya.