Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Uji bakat Mikrofon Impian kembali untuk musim kedua

Uji bakat Mikrofon Impian kembali untuk musim kedua
Untuk musim kali ini, uji bakat Mikrofon Impian akan diadakan secara digital bermula 10 Julai sehingga 30 Julai 2020.
KUALA LUMPUR: Program realiti yang diadaptasi daripada program ‘game show’ nyanyian nombor satu di Thailand, ‘Mikrofon Impian’ kini kembali untuk musim kedua.

Program ini masih mengekalkan format asal yang diterbitkan khusus bagi membantu para peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang.
Prihatin dengan nasib rakyat Malaysia yang terjejas akibat krisis COVID-19, pihak produksi Astro turut membuka penyertaan musim ini kepada orang ramai memerlukan bantuan bagi meringankan beban masalah kewangan yang dihadapi.

Untuk musim kali ini, uji bakat Mikrofon Impian akan diadakan secara digital bermula 10 Julai sehingga 30 Julai 2020.
Untuk menyertai sesi ujibakat ‘Mikrofon Impian’ musim yang kedua, calon peserta perlu menyediakan sebuah rakaman video nyanyian lagu penuh tanpa sebarang iringan muzik.

Pada masa sama, peserta juga harus menjelaskan maklumat diri atau keluarga beserta latar belakang dan masalah kewangan yang dihadapi secara ringkas dan durasi video tersebut mestilah tidak melebihi dua minit.

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Video penyertaan boleh dihantar menerusi tiga cara iaitu menerusi aplikasi WhatsApp atau Telegram di nombor 019-2003623, menerusi portal rasmi Gempak di www.gempak.com atau menerusi laman media sosial Instagram menerusi penggunaan hashtag #MikrofonImpian2 (pastikan akaun tersebut ‘umum’).

Program ini akan mula disiarkan bermula 7 Oktober 2020 secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125)


Tag: Mikrofon Impian 2, Uji bakat, Program Realiti, Malaysia, Astro, COVID-19, media sosial



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.