awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umie Aida rayu boikot 'Dukun' cetak rompak

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2018
04:33 MYT
Umie Aida rayu boikot 'Dukun' cetak rompak
DVD 'Dukun' ini yang didakwa dijumpai di sebuah negeri di selatan tanah air. - Foto Astro AWANI
PELAKON yang kini sedang trending dengan karakter Diana Dahlan, Datin Seri Umie Aida meluahkan kekesalan apabila filem lakonannya, 'Dukun', telah dicetak rompak.
Baru sahaja seminggu ditayangkan kepada umum, filem arahan Dain Said ini telah menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi DVD versi cetak rompak ini.
Umie sebagai pelakon utama dan mewakili barisan pelakon lain yang membintangi filem ini, menyeru kepada orang ramai agar memboikot 'Dukun' versi cetak rompak ini.
“Isu cetak rompak dah terlalu lama kita dengar. Dan terbaru 'Dukun' yang baru seminggu di pawagam, dah keluar cetak rompak.
“Takde apa yg mampu saya minta.. kecuali kita semua sama-sama boikot #cetakrompak. Kuasa untuk hapuskan cetak rompak hanya ada pada pengguna! Dukun
Takde apa yg mampu saya minta.. kecuali kita semua sama-sama boikot #cetakrompak. Kuasa untuk hapuskan cetak rompak hanya ada pada pengguna! - Foto Astro AWANI
Isu cetak rompak dah terlalu lama kita dengar. Dan terbaru dukun yg baru seminggu dipawagam, dah keluar cetak rompak. Takde apa yg mampu saya minta.. kecuali kita semua sama2 boikot #cetakrompak. Kuasa utk hapuskan cetak rompak hanya ada pada pengguna ! Pls.. hargai industry kami. Apa akan jadi pada film2 akan datang kalau perbuatan tidak bertgjwp ni masih berleluasa ? Harap pihak berkuasa mengambil tindakan. #dukun #boikot #cetakrompak
A post shared by umieaida (@umieaida9) on
Apr 12, 2018 at 11:41am PDT
“Please.. hargai industri kami. Apa akan jadi pada filem-filem akan datang kalau perbuatan tidak bertanggungjawab ni masih berleluasa ? #dukun #boikot #cetakrompak,” luah Umie menerusi kapsyen yang ditulis pada foto DVD 'Dukun' cetak rompak yang dimuat naik di laman Instagramnya.
'Dukun' telah meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta pada empat hari terawal tayangannya dan kini terus mendapat sambutan hangat di pawagam selepas seminggu menemui penonton.
Topic Berkaitan
#anak
#boikot
#Cetak rompak
#dain said
#DUKUN
#DVD
#filem
#Instagram
#Umie Aida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan