awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[UNDIAN] FFM28: Perlukah pembikin filem diasingkan berdasarkan bahasa?

Syafique Shuib
Syafique Shuib
04/08/2016
10:45 MYT
[UNDIAN] FFM28: Perlukah pembikin filem diasingkan berdasarkan bahasa?
Antara kategori utama yang bakal disaingi Ola Bola adalah 'Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik' dan 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik'.
Tindakan penganjur Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) untuk mengasingkan kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik kepada dua iaitu bagi 'Filem Dalam Bahasa Melayu' dan 'Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu' menerima pelbagai reaksi dari penggiat seni.
Persiden Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) Alfie Palermo dalam satu kenyataan bertanya kenapa perlu ada kategori yang berbeza.
“Mengapakah FINAS Malaysia dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mewujudkan kategori yang rasis seperti Filem Bukan Bahasa Melayu?
Dimanakah FINAS Malaysia dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam memupuk semangat perpaduan dalam Sinema Malaysia? Dimanakah konsep 1Malaysia yang disarankan oleh kerajaan?” tanya beliau menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
BACA: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa dipalit kontroversi BACA: Festival Filem Malaysia ke-28 perkenal dua kategori baharu
Pengarah filem dan drama Nizam Zakaria turut bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh PENULIS.
“Kategori (baharu) itu tidak seharusnya wujud.
“Kita mahu raikan filem-filem Malaysia, bukan filem-filem Melayu. Kita tidak perlu asingkan pembikin filem berdasarkan bahasa,” katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, kami di Astro AWANI telah membuat satu undian di Twitter.
Kami ingin tahu, adakah dua kategori baharu iaitu 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik' dan 'Lakon Layar Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik' merupakan satu perkembangan yang positif kepada industri filem tempatan?
Two new categories at FFM (Best Director & Best Screenplay for non-BM films). Is this a positive development?
— Astro AWANI (@501Awani) August 4, 2016
Topic Berkaitan
#anugerah
#Festival Filem Malaysia 28
#FFM28
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan