Untung suami Kavita Sidhu dapat pakai sampin tinggalan Tan Sri P. Ramlee!

Untung suami Kavita Sidhu dapat pakai sampin tinggalan Tan Sri P. Ramlee!
Teruja melihat penampilan segak suaminya lengkap berbaju Melayu itu, Kavita memberitahu sampin itu pernah digayakan P. Ramlee dalam filem Madu Tiga. - Foto Instagram
PELAKON dan penerbit Kavita Sidhu mendedahkan suaminya, Roberto Guya, antara individu bertuah dapat memakai sampin milik seniman agung Tan Sri P.Ramlee baru-baru ini.

Teruja melihat penampilan segak suaminya lengkap berbaju Melayu itu, Kavita memberitahu sampin itu pernah digayakan P. Ramlee dalam filem Madu Tiga.
"So excited to see Roberto pakai kain songket dari koleksi kawan saya.

"Rahsia istimewa kain songket ini kepunyaan seniman agung P.Ramlee dan digunakan dalam filem Madu Tiga!

"Siapa tengok filem tu? Butang baju abang mana Pah?! It was an absolute honour to see hubs wearing this piece of treasure," tulis Kavita.