awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih

Gempak
Gempak
14/06/2019
12:00 MYT
Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih
Dr Amalina berkongsi gambar meraikan Hari Raya bersama ibunya, kekasihnya dan ibu bapa Ainul Mardhiah di London. - Astro Gempak
PELATIH pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Amalina Bakri hari ini berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri bersama ibu dan kekasihnya di United Kingdom.
Ketika itu maklum Dr Amalina, dia hanya sempat meluangkan masa seketika sahaja untuk menyambut lebaran sebelum kembali ke hospital untuk memantau keadaan adik Ainul Mardhiah.
"Masanya untuk menyiarkan foto-foto Aidilfitri! Saya diberikan cuti sehari pada hari raya pertama dan itu pun selepas shif kerja 24 jam.
"Saya tidak sama sekali menyangka Aidilfitri disambut sehari awal iaitu pada Selasa di UK.
"Saya pulang ke rumah pada pukul 9 pagi, tidur beberapa jam dan menyarung baju raya sebelum bergegas semula ke hospital untuk memantau keadaan Ainul dan keluarganya," tulisnya menerusi akaun Instagram.
View this post on Instagram
It’s time to post more Eid pictures! I managed to get one day off work on 1st Syawal and that was after finishing a 24-hour shift (didn’t expect that Eid would be on Tuesday in the UK), went back home around 9am, had a few hours sleep then got changed to my baju raya before rushing to the hospital to see baby Ainul and her parents. Well, that was my Hari Raya day
BACA: Dr Nur Amalina menjadi trend kerana budi baiknya
BACA: Video Ainul Mardhiah mesra 'berceloteh' dengan ibu sentuh hati ramai
View this post on Instagram
Spent 1st Syawal with Ainul and her parents. When you’re thousands of miles away from home, even strangers become your own family. Ainul is doing well, Alhamdulillah. ❤️ Ainul, Safi and Wani are very strong!
Amalina turut bersyukur dapat meraikan lebaran bersama ibunya, Sabariah Hassan dan menjamah hidangan ayam masak merah dan nasi tomato.
"Ibu saya masakkan ayam masak merah dan nasi tomato. Ia memang sedap!," tambahnya.
BACA: 'You are a 'superwoman', terima kasih Doktor!' - Dr Amalina Bakri trending
BACA: 'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina
Amalina turut memuat naik beberapa keping foto berbaju biru sedondon ibu dan kekasihnya.
Nama pelajar pintar Malaysia itu meniti di bibir rakyat Malaysia apabila usahanya untuk menyelamatkan nyawa Ainul, bayi sembilan bulan yang menghidap tumor pada bahagian mulut berjaya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Ainul Mardhiah
#baju raya
#Dr Amalina Bakri
#hari raya
#Hospital
#Instagram
#pakar bedah
#Pembedahan
#tumor
#tumor mulut
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan