awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan Maxis terjejas susulan kebakaran Menara di Kuala Kangsar pulih sepenuhnya
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video muzik Blackpink 'Kill This Love' diharamkan KBS gara-gara...

Isabelle Leong
Isabelle Leong
27/04/2019
04:50 MYT
Video muzik Blackpink 'Kill This Love' diharamkan KBS gara-gara...
Lagu "Kill This Love" menggegarkan pentas dunia serta mencipta sejarah dengan memecah rekod terpantas dalam mendapat jumlah tontonan seramai 100 juta hanya dalam masa tiga hari di laman YouTube. - INSTAGRAM@blackpinkofficial
‘LET'S kill this love!’
Siapa yang tak kenal lirik lagu hit ini?
Lagu terbaharu kumpulan K-Pop terkemuka BLACKPINK "Kill This Love" menggegarkan pentas dunia serta mencipta sejarah dengan memecah rekod jumlah tontonan 100 juta hanya dalam masa tiga hari di laman YouTube.
"Kill This Love" turut mendapat sambutan luar biasa di iTunes dengan berada pada kedudukan pertama di pasaran Amerika Syarikat serta menjadi kumpulan gadis Asia yang pertama mencipta rekod tersebut.
Namun begitu, jika anda berada di Korea Selatan, anda mungkin tidak dapat menonton muzik video kuartet tersebut di saluran televisyen Korea Selatan, KBS.
Memetik laporan allkpop, KBS telah mengharamkan muzik video (MV) kerana dianggap tidak sesuai untuk disiarkan.
Hal ini kerana anggota kumpulan Rose tidak memakai tali pinggang keledar pada adegan dalam music video (MV) tersebut.
MV tersebut diharamkan kerana didakwa menggalakkan pemanduan tanpa memakai tali pinggang keledar dan melanggar undang-undang lalu lintas.
Bagaimanapun, MV itu dibenarkan untuk disunting dan disemak semula.
Bukan kali pertama MV BLACKPINK diharamkan
Ini bukan kali pertama BLACKPINK terlibat dalam isu sebegini.
Apabila BLACKPINK membuat debut pada 2016 dengan lagu ‘Boombayah’, kumpulan di bawah naungan YG Entertainment ini juga mengalami isu yang sama.
Menurut KBS, lagu tersebut juga tidak sesuai untuk siaran kerana lirik rap Jennie dan Lisa dikatakan mengandungi bahasa yang tidak sesuai dan kurang sopan.
Dalam lirik rap Jennie, beliau menyebut jenama arak yang menimbulkan kebimbangan daripada sudut undang-undang pengiklanan.
‘Middle finger up! F you pay me’ oleh Lisa juga tidak sesuai kerana mengandungi bahasa yang kurang sopan.
“Bagaimana pula dengan watak dalam drama Korea Selatan yang tidak memakai tali pinggang keledar?” – Blink
Rata-rata Blink (nama fandom BLACKPINK) tersebut mempersoalkan isu ini.
Ada yang mempersoalkan watak dalam drama Korea Selatan yang tidak memakai tali pinggang keledar tetapi adegan drama tersebut tidak diharamkan.
So they banned kill this love becoz rose didnt fasten the seat belt when shes driving? How bout you ban all the scenes where theres murder and crime in movies and drama
— (@swoonandkiss) April 26, 2019
Rose's reaction on KBS move to ban Kill This Love mv where "Rose drives the car without wearing a seatbelt." Unbothered. #Blackpink #KillThisLove pic.twitter.com/Xf2pmRfZ7S
— Mary Vianney Aviso (@IamVianAviso) April 26, 2019
"'Kill This Love' MV won't be viewable on KBS... for 'not wearing a seat belt' and breaking traffic laws " i mean obviously it's important and ppl in korea wear their seatbelts so seldomly in dramas sometimes i'm ??? but to ban the MV for that? huh
— conny [ ] (@seongayu) April 26, 2019
KBS staff watching Kill This Love mv trying to find a problematic part so they can ban blackpink from their broadcast pic.twitter.com/MRuaEXdNPb
— b (@jendukiss) April 26, 2019
Topic Berkaitan
#ban
#BLACKPINK
#Blink
#Boombayah
#haram
#KBS
#Kill This Love
#Muzik Video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan