YUNA, penyanyi tanah air yang telah menempa nama di Amerika Syarikat tampil dengan video muzik untuk single terbarunya, 'Crush' iaitu berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Usher.

Sebelum ini, Yuna telah memuat naik video belakang tabir pembikinan video muzik itu dan juga beberapa 'teaser' di akaun Instagram beliau.

Ketika ini, video 'Crush' boleh ditonton secara eksklusif menerusi portal terkenal dari negara Uncle Sam, The Cut oleh majalah New York.

'Crush' dirakam di City Hall, Los Angeles

Video muzik single itu dirakam di City Hall, Los Angeles dan penghibur itu memilih hitam putih sebagai tema utama.

Peminat tanahair yang menonton klip berdurasi 4 minit 11 saat itu ternyata gembira dengan video muzik terbaru itu.







Namun ada juga peminat yang kecewa dengan klip itu, khususnya tema hitam putih yang dianggap tidak sesuai.

Hitam putih menjadi tema utama video muzik 'Crush'




'Crush' dilancarkan pada Februari dan bakal terkandung dalam album 'Chapters' untuk pasaran Mei ini.