Tutup

Wakil Malaysia di Anugerah Muzik Eropah, Joe Flizzow bakal terbang ke Sepanyol

Wakil Malaysia di Anugerah Muzik Eropah, Joe Flizzow bakal terbang ke Sepanyol
Joe juga berasa teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan penyanyi lain yang datang dari pelbagai negara di anugerah muzik tersebut.
PENYANYI hip hop popular, Joe Flizzow tercalon dalam kategori Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang akan berlangsung pada 4 November ini di Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Joe telah memuat naik sebuah video beserta ucapan buat tatapan umum.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Shout out and much love to my day 1's. Link in bio to vote. #MTVEMA

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on


Joe mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana telah menyokong sepanjang karier seninya.
Joe melahirkan rasa rendah diri kerana diberi peluang untuk mewakili negara di sebuah anugerah berprestij.

Joe juga berasa teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan penyanyi lain yang datang dari pelbagai negara di anugerah muzik tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya meninggalkan kata-kata semangat buat Joe.

Dalam kategori berkenaan, Joe bersaing dengan Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina), Min Hang (Vietnam), Slot Machine (Thailand), The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).

Undian untuk anugerah berkenaan boleh dibuat di laman web www.mtvema.com.