awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Walaupun saya berada di kedudukan terendah, saya ...." - Ariff Bahran

Gempak
Gempak
16/08/2018
06:34 MYT
"Walaupun saya berada di kedudukan terendah, saya ...."  - Ariff Bahran
Ariff atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari menerima keputusan juri tetap, Faizal Tahir yang memberinya markah rendah untuk persembahan malam itu.
BINTANG rancangan realiti Big Stage, Ariff Bahran, 20, mengakui dia berasa sangat berpuas hati dengan persembahannya pada malam Ahad lalu.
Menurut Ariff, dia telah menghabiskan sepenuh tenaga untuk malam tersebut supaya persembahannya lebih baik daripada minggu pertama.
"Saya berpuas hati dengan persembahan malam ini walaupun keputusan akhir saya berada di antara yang terendah.
"Saya mengaku kesilapan yang telah dilakukan oleh diri sendiri. Tidak sewenangnya boleh mengubah lagu orang lain sesuka hati.
"Secara kebetulannya, Tomok sebagai empunya lagu turut hadir pada malam ini," katanya.
BACA: Ariff Bahran mohon maaf, tiada niat sindir Tomok
BACA: Gaun merah Baby Shima kena gunting sebab terlalu ketat sampai sesak nafas?
Ariff atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari menerima keputusan juri tetap, Faizal Tahir yang memberinya markah rendah untuk persembahan malam itu.
"Saya terima dan faham kenapa markah untuk persembahan saya rendah berbanding dengan yang lain. Untuk persembahan minggu akan datang, saya akan berusaha untuk memberi persembahan seperti yang diinginkan oleh juri.
Pada konsert ketiga Big Stage, Ariff akan mempersembahkan lagu Marry You (duet Ayda Jebat)
Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 9 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Selain Ariff, Big Stage disertai Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tiktok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
Topic Berkaitan
#Ariff Bahran
#Astro
#Big Stage
#konsert
#penyanyi
#Tomok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan