Tutup

Watak Trolls kejutan Hari Krismas Kylie Jenner buat Stormi

Watak Trolls kejutan Hari Krismas Kylie Jenner buat Stormi
Stormi Webster sambut Krismas dengan teman baharu, Poppy daripada filem animasi Trolls.
SAMBUTAN Krismas Stormi Webster, anak jutawan bintang realiti televisyen, Kylie Jenner ibarat mimpi jadi kenyataan apabila watak kegemarannya daripada filem animasi Trolls, Poppy benar-benar muncul.

Menerusi video yang dimuat naik dalam akuan Instagram Kylie, Stormi yang sedang menonton filem itu di televisyen terkejut sebelum melompat keriangan sebaik  melihat kelibat Poppy.
Poppy tidak datang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa beberapa hadiah yang mempamerkan dirinya khas untuk Stormi, lapor E News!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

best day ever


Stormi yang berusia setahun 10 bulan kemudiannya pantas mengajak Poppy ke ‘rumah’ baharunya yang merupakan hadiah daripada nenek, Chris Jenner.
Dalam pada itu, menurut Kylie, dia dan Stormi akan menonton filem Trolls yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2016 itu sebanyak itu empat kali sehari.

“Terima kasih kepada Scott (Travis) yang bersama-sama menjayakan kejutan ini untuk Stormi,” katanya.


Tag: Instagram, video, Kylie Jenner, Krismas, Stormi Webster, Poppy, Trolls, Stormi, Chris Jenner, Travis Scott



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.