"Selamat Datang," kapsyen ringkas daripada bintang Bollywood Deepika Padukone yang mencetuskan perasaan tidak senang duduk dalam kalangan peminat di Malaysia.

Deepika menerusi akaun Instagramnya memuat naik gambar Menara Berkembar Petronas tengah hari tadi dan entri itu mendapat perhatian bukan hanya orang awam bahkan juga artis tempatan.

"Welcome to Malaysia. Kalaulah dapat jumpa...," tulis Wawa Zainal pada ruangan komen foto Instagram Deepika.

Selamat Datang...


Begitu juga aktres Umie Aida dan Bella Dally yang mengucapkan selamat datang kepada pelakon Bollywood jelita itu.

Deepika pernah datang ke Kuala Lumpur sekitar Jun 2014 sempena penggambaran untuk sebuah jenama yang melantiknya sebagai duta.

Bintang filem Bajirao Mastani itu dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India malam tadi sehingga disahkan kehadirannya ke Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai tujuan Deepika berkunjung ke Kuala Lumpur hari ini. - Teks oleh: Amri Hassan