Tutup

"We both got to marry our prom dates .." - Hani Fadzil dedah persamaan sempena perkahwinan Yaya Zahir

"We both got to marry our prom dates .." - Hani Fadzil dedah persamaan sempena perkahwinan Yaya Zahir
Yaya telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Arriz Azim dengan sekali lafaz pagi semalam. - Foto Instagram Hani Fadzil
PENYAMPAI radio ERA, Hani Fadzil mendedahkan pengacara HLive, Yaya Zahir merupakan rakan sekelasnya semasa kelas tambahan untuk subjek Prinsip Perakaunan.

Menurut Hani secara kebetulannya mereka meneruskan kerjaya yang berbeza daripada apa yang dipelajari.

Malah mereka berdua juga ditakdirkan berkahwin dengan pasangan majlis tari-menari masing-masing.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
 

Yaya telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Arriz Azim dengan sekali lafaz pagi semalam.
Pada sebelah malamnya, telah berlangsung majlis resepsi yang diadakan di The Grounds, Petaling Jaya.

Majlis yang bertemakan 'Black Tie' itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan artis seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Elfira Loy, Bella Dally dan ramai lagi.
Terdahulu, Yaya dan Arriz Azim mengikat tali pertunangan pada 25 Februari lalu.


Tag: Instagram, Penyampai radio ERA, perkahwinan, Hani Fadz, pengacara HLive, Yaya Zahir, Prom date



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.